Bekalan makanan berkonsepkan bento yang berasal dari Jepun kian terkenal di serata dunia, termasuklah di Malaysia. Kini, sememangnya tidak sukar untuk menemui makanan dalam kotak bento (bento box) di mana-mana.

Namun, kami pasti makanan dalam kotak bento adalah lebih menyelerakan jika dimasak sendiri di rumah kerana cita rasanya bertepatan dengan selera masing-masing.

Makanan dalam kotak bento disediakan dengan makanan lengkap yang lazimnya terdiri daripada nasi, sayur dan lauk-pauk. Perkataan bento membawa maksud “mudah” kerana bekalan makanan bento diletakkan di dalam satu bekas yang sememangnya lengkap dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda idea bekalan makanan kotak bento yang telah disesuaikan dengan cita rasa Melayu. Idea-idea ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Noor Faezah Zaini yang menyediakan bekalan bento untuk suami dan anak-anaknya.

Mari lihat idea-idea bekalan makanan kotak bento ala Melayu ini!

1. Bento nasi goreng dan nasi putih bersama sambal ayam serta sup

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

2. Bento makanan segera, kuih dan nasi putih berlauk sotong dan telur masin

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

3. Bento mi segera goreng dan nasi putih berlauk ikan masak kicap dan sayur kacang panjang pecah telur

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

4. Bento nasi putih berlauk ikan masak lemak dan ikan bakar serta bihun goreng

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

5. Bento nasi goreng ayam dan nasi putih berlauk ayam masak kicap

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

6. Bento nasi ayam dan burger

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

7. Bento nasi putih berlauk ikan asam pedas dan mi segera goreng

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

8. Bento bihun goreng Singapura dan nasi putih berlauk sambal ikan

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

9. Bento nasi impit berlauk rendang daging, sayur masak lemak dan serunding kelapa serta roti berkrim

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

10. Bento nasi putih berlauk kari ikan, sayur rebus dan telur asin serta bihun goreng berlauk ayam goreng

Kredit: Noor Faezah Zaini/Facebook

Menarik sungguh idea-idea ini, sesuai sungguh untuk dijadikan bekalan semasa berkunjung dan berkelah di taman ataupun tepi pantai pada musim cuti persekolahan sebegini!

Sumber: Noor Faezah Zaini/Facebook

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds