KUALA LUMPUR – Mulai 1 Julai tahun hadapan, mana-mana pembayar cukai yang didapati tidak mengisytiharkan cukai pendapatan masing-masing akan dikenakan penalti antara 80 hingga 300 peratus.

Kredit: Astro AWANI

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Syarein Abu Samah, semua pembayar cukai perlu segera membuat pengisytiharaan pendapatan dalam tempoh yang diberikan.

Jika berjaya, pembayar cukai boleh menikmati kadar penalti rendah iaitu antara 10 hingga 15 peratus daripada amaun cukai yang perlu dibayar. Malah, bayaran juga boleh dilakukan secara ansuran.

Jelas Syarein lagi, pihak LHDNM mampu menggunakan analisis data raya yang diperoleh hasil daripada kerjasama pertukaran maklumat dengan pelbagai agensi di dalam mahupun luar negara bagi mengesan mana-mana pembayar cukai yang gagal membuat pengisytiharaan pendapat.

Kredit: Astro AWANI

“Sekiranya pembayar cukai ini menghubungi kami, kita akan nasihatkan mereka di mana apabila semua pihak mencapai persetujuan bersama, penalti yang dikenakan masih lagi tertakluk kepada Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS).”

“LHDNM akan menerima pengakuan anda dengan suci hati dan tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan terhadap pengakuan sukarela anda.”

Kredit: Perak Today

Terdahulu semasa pembentangan Bajet 2019, menteri telah mengumumkan mengenai PKPS yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian. Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan pembayar cukai mengisytiharkan pendapatan secara sukarela sekali gus menangani masalah ketirisan hasil negara.

Sumber: Astro AWANI

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds