Menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian apabila ibu bapa terpaksa melayan kerenah anak-anak yang pelbagai. Terutama menghadapi ‘tantrum’ si kecil yang masih tidak mengerti apa-apa tetapi sudah mampu berfikir bagaimana untuk membuat ibu bapa menuruti kemahuan mereka.

Satu rakaman video dari Quebec, Kanada memaparkan cara seorang bapa melayani kerenah anak perempuannya yang berusia dua tahun, dengan ‘tantrum’ yang agak ekstrem. Reaksi spontan bapa ini mengangkatnya bagai beg membeli-belah dan keletah si kecil ini membiarkan dirinya diangkat dengan bebas terapung di udara amat melucukan.

Semuanya bermula apabila si kecil yang nakal tiba di hadapan rumah bersama bapanya dari pusat asuhan kanak-kanak. Mungkin kerana terdapat keinginannya yang tidak dipenuhi, si kecil menjadi sakit hati lalu turun dari kereta, merebahkan diri dan berbaring di tanah sambil menutup mata.

Kredit : ViralHog

Si bapa melihat anak gadis kecil ini seperti mahu memujuknya. Tetapi seperti sudah tahu si kecil berhati keras dan degil, apabila dia memegunkan diri serta membuat tidak tahu.

Kredit : ViralHog

Tanpa membuang masa untuk memujuk lebih lanjut, dan bosan melayan ‘tantrum’ si kecil, bapa yang tidak berasa hairan dan terpesona dengan helah anaknya ini, sudah memikirkan cara mengatasinya dengan efisen. Seperti beg membeli-belah yang dipegang di tangan kanannya, begitu juga dia mengangkat dan memegang si kecil dengan tangan kiri.

Kredit : ViralHog

Bapa ini memegang kuat jaket tebal si kecil dan membawanya masuk ke dalam rumah, sama seperti membawa beg membeli-belah. Apa yang lebih melucukan si kecil langsung tidak memprotes dan membiarkan dirinya bebas terangkat dan terapung di udara.

Kredit : ViralHog

Ibu si kecil yang merakamkan aksi ini dari dalam rumah tidak tertahan berasa geli hati melihat keletah dua beranak ini. Mungkin kedegilan si kecil diwarisi daripada bapanya. Dan setiap ibu bapa sudah pasti mengetahui perangai anak mereka, seperti si kecil ini yang sebenarnya seorang anak yang lucu dan suka bergurau, menurut kata ibunya.

Lihat video di bawah.

Sumber: ViralHog / YouTube , Daily Mail

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds