Pada 5 Disember, Datuk Seri Amar Singh secara rasminya telah bersara daripada jawatan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID), sekaligus menamatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang polis selama 35 tahun. Menurut sumber daripada Malaysiakini, timbalannya, Saiful Azzly Kamaruddin akan mengambil alih jawatannya.

Kredit: Asyraf Rasid|theSundaily

Sewaktu upacara penyerahan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Amar Singh menjelaskan bahawa tugasnya sebagai seorang anggota polis adalah sangat memuaskan. “Ia merupakan tugas yang paling memberi kepuasan di dunia. Saya berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan. Saya gembira kerana diberi peluang untuk menggalas tugas tersebut”, tambahnya.

Malah menurutnya, masih akan memilih profesion tersebut dalam kehidupannya akan datang tanpa ragu-ragu! Secara ringkasnya, Amar telah memulakan kariernya dalam pasukan polis pada tahun 1983 dan beliau telah banyak menguruskan kes berprofil tinggi seperti kebakaran di sekolah beragama yang mengorbankan sebanyak 21 orang pelajar dan pembunuhan seorang bergelar Datin di Taman OUG.

Kredit: Sentiasa Kaya Raya|Facebook

Walau bagaimanapun, menurut Amar, tugasan yang paling mencabar baginya adalah kes penyiasatan skandal 1MDB yang melibatkan berbilion Ringgit serta beberapa orang kenamaan. “Kita merupakan peneraju yang memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB”, jelasnya sambil menambah bahawa pasukannya menjalankan tugas selama 48 jam tanpa tidur ketika ketika menyelesaikan penyiasatan kes berkenaan.

Dalam ucapannya, Amar turut berkongsi kisah di mana beliau secara sukarela ingin menggantikan tempat seorang polis pengiring bermotorsikal. Difahamkan bahawa pemandunya sedang dalam perjalanan membawanya dari Klang ke Bukit Aman dan beliau sendiri meminta pemandunya untuk memberhentikan kenderaan.

Kredit: Bernama

Memikirkan Amar mahu ke tandas, pemandunya itu memberhentikan kenderaan berdekatan dengan tandas. Mengejutkan apabila Amar kemudiannya meminta seorang daripada polis pengiring bermotorsikal menaiki kereta dan beliau menggantikannya untuk menunggang motorsikal.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds