Aaron Smith, pemburu fosil berusia 22 tahun ternyata telah membuat penemuan yang sangat berharga ketika menjelajah di persisiran pantai di Whitby, Yorkshire.

Aaron yang merupakan seorang pelajar perubatan dilaporkan sedang mengembara di Pantai Sandsend, dengan harapan dapat mencari apa-apa jenis fosil dan terkejut apabila menemui seketul batu yang berkilat, bulat dan bersaiz lebih kurang saiz bola sepak biasa.

Kennedy News and Media

Dia dengan cepat menyedari bahawa batu yang luar biasa itu menunjukkan tanda-tanda bahawa batu itu berkemungkinan mengandungi fosil di dalamnya, selain daripada rupanya yang cantik.

Apabila Aaron membuka batu yang berkilauan itu, Aaron menemui fosil Elegantericeras yang besar di dalamnya, dan percaya bahawa fosil itu berasal dari Jet Rock Shales dari Upper Lias, sejak zaman Lower Jurassic.

Aaron percaya bahawa batu kapur itu telah disalut dalam pirit logam atau dikenali sebagai emas tiruan, yang seterusnya memberikan batu itu rupa yang berkilat.

Kennedy News and Media

Menurut Aaron kepada Mirror, “nodul batu kapur ini telah disalut dengan pirit logam, yang bermakna kita boleh menggilapnya menjadi emas.

Batu ini masih membuat saya teruja kerana fosil-fosil berusia 185 juta tahun ini berada di sepanjang pantai Yorkshire yang indah ini dan menunggu kami untuk ditemui.

Walau bagaimanapun, fosil-fosil yang berprestij sebegini hanya ditemui hanya sekali dalam beberapa tahun.”

Aaron yang berasal dari North Yorkshire biasanya memuat naik video penemuannya untuk berkongsi dengan peminat fosil yang lain.

Kennedy News and Media

“Secara umumnya apabila orang melihat video, atau melihat fosil-fosil ini secara langsung, mereka benar-benar akan memujanya,” tambah Aaron.

“Mencari fosil adalah hobi saya, atau mungkin lebih seperti minat yang serius.”

“Saya mula berminat dengannya kerana ayah saya sangat berminat untuk memancing dan mencari fosil juga, jadi kami mempunyai banyak pendedahan kepada pantai yang menakjubkan ini.

Saya masih ingat dengan jelas ketika kami mencari ammonite kami yang pertama, apabila kami membukanya, kami semua begitu teruja! Hal ini telah membakar semangat kami.

Selalunya kita boleh mengetahui bahawa batu itu mengandungi fosil kerana anda dapat melihat bahagian tepi fosil di sekeliling batu.”

Seperti yang berlaku dalam kes ini, Aaron tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari bahawa ‘bebola emas’ itu mempunyai fosil besar di dalamnya.

Sumber: UNILAD

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds