Mungkin ramai di antara kita yang sedar bahawa dengan mengurangkan penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian merupakan antara langkah terbaik bagi menjamin tahap kesihatan mental, namun tahukah anda bahawa kita juga sebenarnya masih lagi terdedah kepada radiasi berbahaya daripada apa yang kita jangkakan?

Pejabat Persekutuan Perlindungan Sinaran Persekutuan Jerman telah mengumpulkan pangkalan data telefon pintar berdasarkan nilai Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) mereka. SAR ditakrifkan sebagai kadar tenaga ‘radiofrequency’ yang diserap oleh kepala atau badan apabila menggunakan telefon bimbit.

Alphr

Sesetengah telefon pintar mempunyai nilai SAR yang lebih tinggi daripada yang lain, dan semakin tinggi nilai SAR, lebih banyak radiasi diserap oleh badan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC), kesan kesihatan boleh berlaku jika standard pendedahan radiofrequency tidak dipenuhi.

Baseline of health

Telefon pintar dengan nilai SAR tertinggi menurut pangkalan data agensi Jerman disenaraikan dalam laporan terkini oleh portal statistik antarabangsa, Statista, dan 16 telefon pintar yang mengeluarkan radiasi yang paling banyak ialah;

Carta telefon yang mengeluarkan radiasi tertinggi

Statista

Telefon Xiaomi dan OnePlus masing-masing muncul sebanyak empat kali, menjadikan separuh daripada senarai telefon berkenaan mempunyai nilai SAR tertinggi. Menurut FCC Amerika Syarikat, batas pendedahan awam daripada telefon bimbit adalah paras SAR 1.6 watt setiap kilogram. Menurut Statista, telefon yang mempunyai nilai SAR kurang daripada 0.60 watts setiap kilogram diberi pensijilan ‘Der Blaue Engel’ (Blue Angel) kerana mesra kepada alam sekitar. Perlindungan Radiasi Pejabat Persekutuan Jerman juga memberikan tip berikut untuk mengurangkan pendedahan individu terhadap sinaran radiasi telefon ;

  1. Membuat panggilan menggunakan headset, tidak kiralah telefon pintar ataupun biasa. Selain itu, layari internet jika ada penerimaan jaringan yang baik ataupun sambungan Wi-Fi.
  2. Akses email secara manual ketika diperlukan sahaja
  3. Elakkan terima email semasa sedang membuat panggilan. Tutup trafik data bagi mengekalkan tahap radiasi yang rendah
  4. Jika anda meletakkan telefon pada badan anda, beri perhatian kepada jarak pengasingan minimum yang diberi oleh pengilang. Gunakan aksesori tambahan untuk membawanya.
  5. Ketika melayari internet menggunakan tablet atau telefon pintar, jaga jarak objek berkenaan dengan tubuh anda. Pendedahan kepada medan frekuensi tinggi dapat dikurangkan dengan jarak yang semakin meningkat.
  6. Seboleh-bolehnya, jadikan nilai SAR sebagai satu spesifikasi penting apabila membeli telefon.

Sementara itu, berikut merupakan senarai telefon yang mempunyai tahap radiasi yang jauh lebih sedikit:

Carta telefon yang mengeluarkan radiasi terendah

Statista

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds